Public Speaking adalah musuh aku.Aku paling tak suka kalau ada
public speaking.Satu hari masa Bahasa Inggeris, guru kelas kami Cikgu Ismail Ipap minta semua pelajar kelas kami kene involve dengan
public speaking.setiap minggu 2 orang pelajar yang akan
present. Tajuk yang diberikan adalah sama iaitu
'Philosophy of Life'. Giliran adalah mengikut alphabet bermula dengan 'A'.
Turn aku adalah yang ke 4 rasanya bersama dengan Ismail. Aku mula mencari idea apalah
point-point yang sesuai untuk buat presentation.
Selepas waktu sekolah, aku rajin ke rumah Pak Ngah untuk melepak bersama sepupu aku.Nama dia Mai atau nama penuh dia Marlina binti Osman. Aku tanya dia kot2 dia ada idea. Dia sememang nya teror bab-bab ni, so dia bagi idea . Aku pun cedukla idea ni tapi aku cuma ambik
point-point saja, yang lain buat sendiri. Dah siap buat logo semua kena hafal pulak ayat-ayat yang nak di gunakan.
Jeng...Jeng...Jeng...Hari
presentation pun tiba. Aku sememangnya darah gemuruh. So memang kene
prepare awal kot-kot 'hilang ingatan' masa
presentation...Keh..Keh...Keh. Tajuk yang aku buat adalah sempana lagu Bryan Adam
'Everythhing I Do, I Do It For You'. Aku lukis gambar love di dalamnya terdapat 2 warna iaitu pink dan biru serta di dalam love tu aku lukis gambar buku dan melintang di gambar love aku lukis gambat sekuntum bunga ros. Ianya simple dan padat (Cewah...).Aku tampal di
blackboard u ntuk tontonan kengkawan.
So aku start dengan
greeting . Than aku explain apa yang aku maksudkan dengan
'Everythhing I Do, I Do It For You'. Maksudnya aku akan buat apa sahaja untuk orang yang aku sayang. Contohnya , aku akan belajar bersungguh sungguh untuk ke dua ibu bapa aku dan akan buat apa saja untuk my 'steady boyfriend' (kelas bisingla kejap...ala gimik je).Gambar love tu menunjukkkan yang aku adalah seorang yang penyayang.Warna pink dan biru adalah warna yang aku suka (actually pink saja yang aku suka). Pink aku kata sesuai untuk sweet girl macam aku...ha..ha..dan biru adalah romantik. Gambar buku tu kononnya aku ni suka membaca dan ros adalah bunga kegemaran aku. Huh macam-macam soalan yang di tanya. Antara soalan yang aku ingat , boyfriend macammana yang aku suka. Jawapan aku senang je, lelaki macho.ha..ha..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Dengan bangganya logo aku ditampal
board dibelakang kelas (kira kembang hidungla). Fuhh...lega rasanya.Kemudian turn Ismail dan logo dia juga berjaya ditampal
board di belakang kelas.